PERUTUSAN PENGERUSI

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera.
Selamat datang ke Laman Web Rasmi Pertubuhan Squad Da'wah Khidmah (SDK). Dalam menyelusuri arus perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), pihak Squad Da'wah Khidmah (SDK) komited dalam menyalurkan maklumat terkini mengenai segala aktiviti pertubuhan ini terutama hebahan dan perkongsian ilmiah dalam menjayakan objektif pertubuhan ini.
Laman web Rasmi Squad Da'wah Khidmah (SDK) merupakan salah satu media komunikasi penting bagi menzahirkan komitmen dalam menyampaikan maklumat dan sumber rujukan yang berguna kepada pengujung untuk mendapatkan maklumat terkini berkaitan pelbagai aktiviti dan program yang dijalankan oleh pertubuhan ini. Squad Da'wah Khidmah (SDK) akan berusaha untuk berkhidmat sesuai dengan peredaran masa bagi memastikan dakwah dapat dilakukan dengan baik dan hikmah serta masyarakat dapat dibantu ke arah yang lebih baik.
Sebarang bentuk pandangan dan cadangan yang membina daripada pengunjung laman web ini amatlah dialu-alukan bagi membolehkan kami untuk mengambil langkah-langkah untuk memperbaiki dan mengemaskini laman web ini seterusnya meningkatkan kualiti dalam kerja dakwah dan khidmat masyarakat yang kami lakukan.
Sekian, terima kasih.
"SQUAD DA'WAH KHIDMAH: A JOURNEY TO ALLAH"
"BERUBAH KE ARAH LEBIH BAIK"
Muhammad Khairi Bin Abu Bakar
Pengerusi Pertubuhan Squad Da'wah Khidmah (SDK)